Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tidak dibenarkan mendarat di China, pesawat NZ berpatah balik

An Air New Zealand Boeing 787-9 Dreamliner plane taxis at O'Hare International Airport in Chicago, Illinois, on Nov 30, 2018.SYDNEY: Pesawat Air New Zealand ke Shanghai terpaksa berpatah balik selepas beberapa jam dalam penerbangan hari ini selepas menyedari ia tidak mendapat kebenaran mendarat di China.




Penerbangan NZ289 membawa 270 penumpang meninggalkan Auckland sejurus sebelum tengah malam semalam dan kembali semula pada jam 10.00 pagi ini.

“Peraturan itu bermakna pesawat tertentu yang mengendalikan perkhidmatan ini tidak mendapat kebenaran mendarat di China,” kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.




View image on TwitterAir New Zealand meminta maaf kepada penumpang dan berkata perkhidmatan khas akan membawa mereka ke Shanghai pada jam 11.00 pagi tadi.

“Kami sedar pelanggan amat kecewa dan marah dengan keadaan ini dan kami meminta maaf di atas gangguan kepada jadual perjalanan mereka,” kata kenyataan.

Penumpang yang marah menyuarakan perasaan mereka di media sosial.

Seorang daripada mereka menyiarkan gambar peta dalam pesawat di Twitter menunjukkan ia berpatah balik ketika berada di ruang udara Papua New Guinea. — Reuters



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments