Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Muka Ditoreh, Bekas Teman Lelaki Ditahan

Image result for Tidak puas hati selepas kekasih mahu memutuskan hubungan cinta yang dijalin sejak setahun lalu, dipercayai menjadi punca wanita berusia 24 tahun ‘ditoreh’ pada muka oleh bekas kekasihnya,PETALING JAYA – Tidak puas hati selepas kekasih mahu memutuskan hubungan cinta yang dijalin sejak setahun lalu, dipercayai menjadi punca wanita berusia 24 tahun ‘ditoreh’ pada muka oleh bekas kekasihnya, Khamis lalu.




Harian Metro melaporkan wanita itu parah apabila bahagian mukanya ‘koyak’ lebih lima sentimeter dari bibir hingga ke pipi kanan selepas dikelar lelaki warga Bangladesh berkenaan dengan objek tajam, dalam kejadian 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata hingga kini pihaknya menahan dua lelaki warga Bangladesh, termasuk individu yang dipercayai bekas teman lelaki wanita itu bagi membantu siasatan.





Katanya, dua suspek berusia 20-an itu ditahan di Kajang, sehari selepas kejadian.

Katanya, hasil siasatan, seorang daripada suspek adalah bekas kekasih mangsa dan kejadian berpunca suspek cemburu serta tidak puas hati mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dilakukan dan dua suspek terbabit direman tujuh hari hingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, wartawan Harian Metro turut menghubungi mangsa yang juga penolong pengurus syarikat swasta bagi mendapatkan kenyataan berhubung kejadian itu, namun gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab. – BH Online



(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments