Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Messi teratas senarai gaji tertinggi

PARIS: Akhbar Perancis L’Equipe dalam laporan tahunannya mendedahkan senarai 10 pemain dengan gaji termahal di Eropah dengan bintang Barcelona, Lionel Messi mendahului senarai berkenaan.




Messi menerima 7.3 juta pound (RM38.5 juta) mengatasi seteru lamanya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo – yang kini bersama Juventus – pada 4.1 juta pound (RM21.6 juta) di tangga kedua.

Di tangga ketiga Antoine Griezmann dari Atletico Madrid dengan jumlah gaji 2.9 juta pound (RM15.3 juta) sebulan selepas dia menyambung kontrak sebelum Piala Dunia tahun lalu.





Bintang Paris Saint-Germain, Neymar dilaporkan menerima 2.7 juta pound (RM14 juta) sebulan manakala Luis Suarez melengkapkan senarai lima teratas dengan gaji bulanan 2.5 juta pound (RM13 juta).

Lima pemain lain yang melengkapkan senarai berkenaan adalah Gareth Bale (RM11.6 juta), Philippe Coutinho (RM10.5 juta), Alexis Sanchez (RM10.5 juta), Kylian Mbappe (RM7.9 juta) dan Mesut Ozil (RM7.4 juta). – AGENSI



 

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments