Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Man Utd hampiri kelompok empat teratas

The United players came together in celebration after taking the lead following Paul Pogba's sublime assistLONDON: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menjaringkan gol pada penampilan Liga Perdana Inggeris ke-100 dirinya untuk kemenangan 1-0 ke atas Leicester City yang meneruskan permulaan cemerlang pengendali sementara Ole Gunnar Solskjaer bersama kelab itu.



Selepas terlepas peluang keemasan sebelum itu, Rashford menebus kesilapannya pada minit kelapan dengan memanfaatkan lambungan Paul Pogba yang melepasi benteng Leicester untuk menewaskan Kasper Schmeichel di pintu gawang.

Kemenangan itu melonjak United ke tangga kelima pada 48 mata, dua di belakang Chelsea di tangga keempat, manakala Leicester kekal di tangga ke-11 pada 32 mata.





Rashford, 21, adalah pemain paling muda mencapai angka 100 dalam perlawanan liga tertinggi Inggeris itu untuk United selepas Ryan Giggs pada Disember 1993.

Dia dan Pogba mempamerkan prestasi terbaik sejak bekas bintang kelab itu, Solskjaer mengambil alih pasukan daripada Jose Mourinho yang dipecat pada Disember dan mencatat sembilan kemenangan satu seri dalam semua pertandingan.

Leicester berpeluang menyamakan kedudukan menerusi Jamie Vardy (m-61) dan Rachid Ghezzal (m-77) namun dinafikan penjaga gol United David De Gea. – REUTERS



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,