Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liverpool di puncak liga, Man United kutip 3 mata

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata kejayaan 5-0 membenam Watford pada aksi liga awal pagi ini menunjukkan bagaimana mereka berjaya menyerlah biarpun berada dalam tekanan untuk kekal mendahului Liga Perdana.

Sadio Mane dan Virgil van Dijk masing-masing menjaringkan dua gol dan satu lagi gol disumbang Divock Origi untuk meletakkan Liverpool satu mata di hadapan Manchester City, yang menewaskan West Ham 1-0.




Tiga perlawanan dengan keputusan seri Liga Perdana sebelum ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuan Liverpool bagi menumbangkan pasukan lawan yang dibimbing Pep Guardiola apabila mereka memburu gelaran itu sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1990.

“Pemain mempamerkan bagaimana mereka menikmati permainan dan situasi itu,” kata Klopp kepada BBC.

“Ia adalah petanda penting. Anda tahu apa yang ditulis dan dikatakan mengenai kami. Ia sudah tentu tidak benar. Pemain begitu menyerlah dan hari ini menunjukkan keinginan yang tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by bazookapenaka.my Official (@bptv) on


“Permainan yang ditunjukkan Mo (Salah) adalah mengagumkan. Sadio (Mane) menjaringkan gol yang bijak. Kesemua tiga pemain tengah begitu menyerlah. Kedua-dua pemain tengah juga menyerlah.

“Kami menang 5-0 jadi anda tak boleh berkata tentang mereka tetapi mereka memperoleh saat mereka. Penjaga gol Alisson juga hebat. Pemain dapat mengawal permainan. Banyak yang boleh dikatakan.”

Klopp juga memuji persembahan Trent Alexander-Arnold selepas pemain itu membantu dalam menghasilkan tiga jaringan.

Image result for crystal palace man unitedSementara itu United berjaya menewaskan Crystal Palace dengan keputusan 3-0.

Gol-gol United dijaringkan oleh R Lukaku (33, 52) dan Ashley Young (83).

Dengan keputusan ini United berada di kedudukan ke 5 manakala Liverpool teratas.



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,