Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dua gol Di Maria julang PSG

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) kekal di landasan untuk menjulang trofi Piala Perancis buat kali kelima berturut-turut dengan Angel Di Maria meledak dua gol bagi memastikan kemenangan selesa 3-0 pada pusingan suku akhir menewaskan Dijon, awal pagi tadi.

Jaringan Di Maria pada minit kelapan meletakkan juara bertahan itu di depan sebelum menambah gol kedua peribadinya sebelum waktu rehat, dengan Thomas Meunier mencetak gol ketiga pada aksi di Parc des Princes.




Skuad kendalian Thomas Tuchel itu berada di landasan tepat untuk menjulang tiga gelaran musim ini, apabila mereka turut mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 17 mata.

Juara Perancis itu turut memperoleh kelebihan ke atas Manchester United menjelang perlawanan timbal balik pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, minggu hadapan selepas menang aksi pertama 2-0.

Tuchel yang masih tidak berupaya menurunkan Neymar dan Edinson Cavani berikutan kecederaan menjelang perlawanan United, memutuskan untuk menyenaraikan Kylian Mbappe di bangku simpanan ketika menentang Dijon yang berada di zon penyingkiran Ligue 1.

Begitupun, pengendali dari Jerman itu tampil memuji persembahan yang ditampilkan pemain baharunya, Leandro Paredes.

“(Paredes) bermain dengan amat baik pada babak pertama, seperti keseluruhan pasukan,” kata Tuchel. “Dia adalah lelaki yang mampu untuk melakukan hantaran amat tepat.

“Peranannya adalah untuk memulakan gerakan dan mempercepatkan hantaran.”

Tuan rumah bermula pantas dengan kemaraan bekas penyerang Stoke City, Maxim Choupo Moting dihalang oleh penjaga gol, Runar Alex Runarsson.


Tetapi mereka tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk memecah jaringan menerusi Di Maria sebelum pelawat sekali lagi dihukum pemain Argentina itu pada minit ke-28 dengan Meunier meledak gol ketiga pada minit ke-76. – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,