Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dia Iblis Bertopeng Manusia – Ismail Embong

KUALA LUMPUR – Ayah pelakon Emma Maembong bersuara melalui laman Facebooknya dipercayai berhubung tindakan anaknya itu mengakui tidak lagi mengenakan hijab.




Tulis Ismail Embong, 71, berbunyi, “Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aibmu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga.”

Status Ismail dilaman sosial itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mendoakan pelakon itu kembali bertaubat dan bertudung.





Semalam Emma mengesahkan kepada media bahawa beliau sudah tiga hari tidak mengenakan hijab dan tindakan itu disebabkan khilaf dirinya sendiri.

Minggu lepas pelakon filem Kimchi Untuk Awak dilanda kontroversi apabila dua keping gambar dipercayai dirinya dalam keadaan tidak bertudung dan sekeping lagi gambar seorang wanita sedang duduk di celah kangkang seorang lelaki dipercayai abang kepada seorang menteri di dalam sebuah bilik. – K! ONLINE



 

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments