Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bumbung Dengan Ais Cair Petanda Ladang Ganja

KINGSBRIDGE – Bumbung rumah yang tidak dilitupi salji menjadi antara petanda jelas wujudnya ladang haram menanam pokok ganja, kata polis Britain melalui media sosial baru-baru ini.



Polis Kingsbridge di wilayah Devon baru-baru ini berkongsi gambar sebaris rumah teres yang bumbungnya dilitupi salji putih kecuali pada bumbung sebuah rumah.

Anggota polis kemudian menyerbu kediaman tersebut berpandukan petanda itu dan menemui barisan pokok ganja ditanam di dalam rumah berkenaan menggunakan lampu pemanas.





“Jika anda melihat keadaan seperti ini (bumbung tanpa salji), segera maklumkan kepada kami,” tulis polis Kingsbridge dalam media sosial bersama gambar yang diambil ketika musim sejuk tahun lalu itu.

Walaupun Britain telah meluluskan penggunaan kanabis untuk rawatan penyakit, masih banyak ladang haram pokok ganja beroperasi di seluruh negara itu. – Agensi



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments