Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Budak perempuan hilang 11 hari ditemukan dibunuh

PEKAN 10 Feb. – Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemukan di dalam semak bersebelahan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.

Mayat Siti Masitah Ibrahim yang berketurunan Kemboja ditemukan kira-kira pukul 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.




Difahamkan, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tangan diiikat dan tanpa seluar namun polis masih menjalankan siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat dikeluarkan yang mana kes berkenaan setakat ini diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, berkata, walaupun keadaan mayat sukar dikenal pasti namun dia yakin ia adalah Siti Masitah berdasarkan baju yang dipakainya.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

“Saya mengecam baju pada mayat itu kerana baru seminggu saya membelinya untuk Siti Masitah.





“Saya juga melihat tangan mayat itu diikat dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Medang Hilir di sini hari ini.

Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.

“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Katanya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk bedah siasat.

“Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,” katanya. – UTUSAN



(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments