Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cubaan pertama menaikkan SUV dari laut gagal

PULAU PINANG 21 Jan. – Percubaan pertama untuk membawa naik kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam ke dalam laut kira-kira pukul 6.30 petang ini gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.

Ketika ini, dua penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turun sekali lagi di lokasi kenderaan itu yang dianggarkan pada kedalaman kira-kira 15 meter.




Pada pukul 4 petang tadi, kedudukan kenderaan itu berjaya dikesan iaitu berada di tiang 34 kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang iaitu kira-kira 30 meter dari kenderaan itu tercampak iaitu pada tiang 30.

Difahamkan, mangsa, Moey Yuen Peng, 20, masih berada di dalam kenderaan itu dan akan dinaikkan bersama kenderaan tersebut menggunakan kren.





Ketika ini, para penyelamat sedang berusaha untuk turun sekali lagi bagi menyangkut tali pada badan kenderaan itu seterusnya membawa naik seberapa segera.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, kenderaan itu tercampak ke dalam laut selepas dirempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu secara laju dan melulu dari arah pulau ke Seberang Perai. – UTUSAN



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments