Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ais punca pesawat dinaiki pemain penyerang Cardiff City terhempas

Image result for Emiliano SalaPESAWAT membawa penyerang Cardiff City, Emiliano Sala mungkin terhempas akibat pembentukan ais pada bahagian sayap pesawat berkenaan.

Sala, 28, dalam perjalanan kembali ke Selatan Wales selepas menandatangani kontrak dengan Bluebirds dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling minggu lalu.




Dia dilaporkan bertemu dengan bekas rakan dan juga kakitangan pasukan Nantes untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum menaiki pesawat ringan itu.

Sumber penerbangan memberitahu The Sun bahawa pembentukan ais yang meliputi sayap pesawat dinaiki Sala mungkin menyebabkan pesawat itu terhempas.

“Terdapat laporan bahawa pemain bola sepak itu menghantar mesej berkata pesawat bergegar dan pecah.

“Itu tanda-tanda klasik ais berada di bahagian sayap. Pesawat itu mungkin terhempas di atas permukaan air,” katanya.





Image result for Emiliano SalaSala dan juruterbangnya masih lagi gagal dikesan dan dianggap terkorban dengan ketua penyelamat mengakui tiada harapan untuk menjumpai mereka dalam keadaan selamat.

Cardiff mengesahkan mereka tidak bertanggungjawab mengaturkan pengangkutan untuk Sala.

Dalam satu audio mesej yang dihantar menerusi WhatsApp, Sala memberitahu rakan-rakannya bahawa pesawat itu seperti akan terhempas.

Pesawat ringan itu diterbangkan juruterbang David Ibbotson, 35, yang berasal dari Utara Lincolnshire. – Mirror.co.uk



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments