Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Vietnam Arah Grab Bayar Pampasan Kepada Teksi

Image result for grab vietnamMahkamah di Vietnam semalam mengarahkan syarikat khidmat kereta sewa, Grab, bayar pampasan 4.8 bilion dong (RM860,300) kepada sebuah syarikat pengendali teksi tempatan.

Ia sekali gus menamatkan kes pertikaian antara kedua-dua syarikat pengangkutan awam tersebut, menurut seorang jurucakap Grab dan laporan-laporan media tempatan hari ini dipetik agensi berita antarabangsa Reuters.




Dalam satu kes yang jarang berlaku, sebuah syarikat teksi domestik terkenal, Vietnam Sun Corp, atau lebih dikenali sebagai Vinasun, menuntut saman terhadap pesaingnya itu, Grab kerana dakwa hilang keuntungan.

Bagaimanapun ia hanya dapat menerima sekitar 11 peratus daripada 41.2 bilon dong (RM7.2 juta) jumlah pampasan dituntut berhubung apa yang disifatkan syarikat itu sebagai amalan perniagaan Grab yang tidak adil.

Seorang jurucakap Grab mengesahkan kepada Reuters bahawa pihaknya sudah diarahkan oleh mahkamah supaya segera membayar ganti rugi itu, namun enggan memberikan sebarang maklumat lanjut.




Vinasun pula tidak menjawab permintaan untuk mengulas. Menurut laporan akhbar Tuoi Tre, pihak mahkamah tersebut memutuskan bahawa Grab memang melanggar undang-undang Vietnam.

Ini kerana ia beroperasi sebagai sebuah syarikat teksi, dan bukan hanya sebagai sebuah syarikat teknologi. Hakim dalam kes itu juga berkata terdapat kaitan antara operasi Grab dengan kehilangan hasil pendapatan Vinasun.

Bagaimanapun, Grab bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan kehilangan keuntungan itu. Dalam satu kenyataan pada awal minggu ini, Grab menyatakan Vinasun perlu ‘merubah’ perniagaannya.

Syarikat teksi itu tidak sepatutnya “mengurangkan daya saing pasaran dan mengambil tindakan guaman hanya bagi menghalang kemasukan syarikat-syarikat inovatif.” – Agensi



(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments