Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dakwa hampir jadi mangsa culik, ESSCOM arah pelakon Paskal beri keterangan

Image result for Azreen dan Ammar AlfianPIHAK berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.




Ia susulan kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan perairan Semporna, baru-baru ini.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali berkata, kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat ini di Ibu Pejabat ESSCOM,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Semalam, Hazani menyifatkan kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem PASKAL sebagai tidak berasas.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Rodziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitkan isu keselamatan negara.


Sebelum ini, Hairul mendakwa dia dan Ammar nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambaran filem PASKAL di Semporna, pertengahan tahun ini.

Hairul mendakwa, pendedahan itu disampaikan kru produksi selepas selesai penggambaran di sebuah pelantar minyak di tempat terbabit, beberapa bulan lalu.

“Pada mulanya, kru memberitahu saya dan Ammar tidak boleh meninggalkan pelantar dengan alasan tiada duit bayar hotel di Kota Kinabalu.

Kami sepatutnya kembali ke bandar selepas penggambaran selesai. Bagaimanapun, kru hanya menceritakan perkara sebenar selepas itu,” katanya, hari ini.

Biarpun ketakutan, Hairul memberitahu bersyukur segalanya berjalan lancar sepanjang berada di sana.

“Kami dimaklumkan menjadi sasaran kerana lanun mendapat tahu ada pelakon di pelantar itu. Sepanjang di sana, kami diiringi anggota keselamatan,” katanya.



(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments