Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lagi senang latih pemain bintang – Tuchel

SINGAPURA: Pengurus Paris St Germain (PSG), Thomas Tuchel lega dengan prospek mengendalikan bintang-bintang ternama kelab berkenaan seperti Neymar, Gianluigi Buffon dan Kylian Mbappe dengan berkata mereka ‘paling mudah’ untuk dilatih.

Selepas setahun tidak memegang sebarang jawatan, bekas pengurus Borussia Dortmund itu menggantikan Unai Emery, Mei lalu dengan tugasnya di PSG dianggap mencabar apabila perlu berurusan dengan pemain yang mempunyai ego besar di bilik persalinan kelab gergasi Perancis itu.




“Berdasarkan pengalaman saya pemain-pemain ternama adalah pemain yang paling mudah untuk diuruskan kerana mereka mahu bersaing dan mahukan kemenangan,” kata pengurus berusia 44 tahun itu menjelang perlawanan persahabatan pra-musim dengan Arsenal, esok.

“Saya bukan berada di sini untuk mengajar mereka bola sepak atau bagaimana untuk bermain, saya berada di sini untuk membantu mereka menguruskan struktur untuk menonjolkan bakat mereka dan mengekalkan mereka di landasan dan kekal laparkan kejayaan.

“Saya juga perlu menunjukkan kepada mereka nilai sikap mereka dan bagaimana ia sesuai untuk bekerja dalam satu kumpulan.

“Kami mempunyai ramai pemain yang ternama dan sesetengah mereka masih lagi besar sekali pun tidak bagi orang lain, tetapi mereka juga setara dan bertanggungjawab untuk menjadi ikutan dalam kumpulan.”


Sebelum memilih PSG, Tuchel turut dikaitkan oleh media Britain bagi jawatan di Arsenal tetapi pengendali dari Jerman itu berkata ia tidak pernah berada dalam perancangannya dan komited membantu kelabnya menjulang lebih banyak kejayaan.

“Saya membuat keputusan untuk menyertai PSG sebelum Arsene Wenger membuat keputusan meninggalkan Arsenal. Dia (Wenger) antara yang paling saya hormati atas apa yang dilakukan bersama Arsenal.

“Dia adalah idola dan ikutan bagi ramai jurulatih, terutama buat saya. Saya tidak pernah berhubung dengan Arsenal jadi saya tidak tahu sama ada saya akan menjadi penggantinya.” – Reuters



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,