Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Warga emas bunuh diri lepas tembak mati rakan

Paparan skrin daripada kejadian tembakan yan

MANJUNG: Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran sebuah restoran di Kampung Koh, di Sitiawan dekat sini pada Jumaat malam.

Ling meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.





Seorang saksi yang enggan dikenali berkata semasa kejadian dia sedang minum di kedai tersebut dan terlihat suspek mengeluarkan senapang patah dari kereta jenis Toyota Fortuner sebelum menembak seorang lelaki dengan beberapa das tembakan pada jarak dekat di kawasan letak kereta kedai tersebut.

“Pada mulanya saya melihat mereka berdua sedang minum bersama beberapa rakan lain di meja sama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, Jumaat malam.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan Ketua Polis Daerah


Manjung ACP Muhammad Hanif Othman mengesahkan kejadian tersebut.

Kenyataan itu turut menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran video kejadian itu yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp kerana ia akan mengundang gangguan emosi pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa.

“Ini juga akan mendatangkan rasa takut dan kebimbangan kepada orang awam serta sekitar kawasan termasuk mengganggu siasatan polis,” menurut kenyataan itu. – Bernama



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,