Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Zaleha dan rendang ayamnya satukan Malaysia

SERING kali kita biasa dengar bahawa sukan dan makanan mampu menyatukan rakyat Malaysia yang mungkin ketika ini ‘panas’ dengan isu politik tempatan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).




Ternyata ia terbukti apabila kisah tukang masak dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang tular tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya tidak rangup mendapat tumpuan di hati masyarakat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata dalam suasana panas menuju PRU ke-14, ramai barang kali mudah terlupa mengenai titik persamaan yang boleh menyatukan rakyat Malaysia tanpa kira fahaman ideologi tertentu.

“Kita bergaduh dan bertegang urat sehingga lupa budi bahasa. Namun adakalanya, sesuatu perkara yang tidak dijangka muncul dan rakyat Malaysia bersatu hati dalam sesuatu perkara.

“Puan Zaleha Kadir Olpin dan rendang ayamnya secara tidak langsung telah menjadi penyatu rakyat Malaysia, tidak kira daripada Kerajaan atau Pembangkang,” kata Anifah menerusi catatan Facebooknya pada Selasa.

Beliau malahan turut mengucapkan syabas kepada Zaleha sambil berharap akan dapat berjumpa sendiri dengan -wanita berkenaan suatu hari nanti yang kini menetap di Britain bersama-sama keluarganya setelah berkahwin.

“Anda telah berjaya melakukan apa yang tidak dapat dilakukan ramai ahli politik, iaitu menyatukan rakyat Malaysia ketika berlakunya perpecahan,” tulis Anifah lagi.





Dalam kehangatan PRU yang bakal tiba, episod ‘ayam rendang rangup’ turut ‘menyatukan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang senada terhadap isu itu.

Najib, menerusi Twitternya secara sinis berkata: “Mana ada orang makan rendang ayam ‘crispy’? #MalaysianFood.”



Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan hidangan itu. Sementara, Mahathir pula dalam reaksinya menerusi akaun Twitter berkata: “Mungkin anda keliru ayam rendang dengan KFC.”



(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments