Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wenger ‘berdebar’ nanti sambutan United

Image result for wenger mourinho



MANCHESTER: Arsene Wenger tidak pasti sambutan yang bakal diterimanya pada kunjungan terakhirnya ke Old Trafford sebagai pengurus Arsenal selepas banyak ‘pertarungan hebat’ dengan Manchester United sepanjang dua dekad mengendalikan kelab itu.

Pengurus kelahiran Perancis berusia 68 tahun itu meninggalkan kelab pada akhir musim, akan membawa pasukan yang jauh berbeza berbanding pasukan yang pernah mencabar dominasi United di Liga Perdana sepanjang dekad pertamanya di kelab itu.

Permusuhan Wenger dengan bekas pengurus United, Alex Ferguson kini menjadi legenda dan hubungannya dengan pengurus United ketika ini Jose Mourinho juga tidak kurang pahitnya.

Namun kedua-duanya menyapa Wenger dengan kata-kata mesra sejak beliau mengumumkan mahu mengundur diri.




Mourinho mengakui menyesali beberapa ‘episod kecil yang negatif’ di antara beliau dan Wenger sejak bertahun lamanya dan meminta penyokong United memberikan sambutan perpisahan yang sesuai untuknya.

Apabila ditanya sama ada beliau akan bersahabat dengan Mourinho, Wenger sebaliknya memberitahu beliau ‘menghormati’ pengurus United itu.

Arsenal di tangga keenam liga, hampir pasti akan kehilangan tangga empat teratas buat tahun kedua berturut-turut.

Namun Wenger masih percaya akan meninggalkan kelab itu dengan trofi dan tiket ke Liga Juara-Juara biarpun bolos gol saat akhir untuk seri 1-1 di laman sendiri dengan Atletico Madrid dalam aksi Liga Europa pagi semalam.


Pengurus kelahiran Perancis itu bagaimanapun tidak pasti bagaimana beliau akan disambut di Old Trafford di mana beliau tidak akan menurunkan pasukan terbaiknya dengan aksi kedua separuh akhir Liga Europa menanti minggu depan.

“Saya tidak tahu apa reaksi yang akan diterima tetapi kami memiliki pertarungan hebat sepanjang 22 tahun dan bagi saya apa yang penting adalah bangkit daripada keputusan ketika berdepan Atletico dan mempamerkan aksi yang baik sebelum ke Atletico,” kata Wenger. – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,