Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PSG Julang Piala Perancis

02fran.transformedBORDEAUX: Paris Saint-Germain (PSG) menjulang trofi kelima Piala Perancis berturut-turut ketika penyerang, Edinson Cavani meledak dua gol bagi membantu meraih kemenangan 3-0 ke atas Monaco, awal pagi tadi.




Penyerang berbisa Uruguay itu meledak gol pembukaan seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan permainan tertangguh agak lama berikutan ulangan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain Argentina, Angel Di Maria kemudian menewaskan penjaga gol Monaco, Danijel Subasic untuk menggandakan kelebihan pada minit ke-21 sebelum Cavani melengkapkan jaringan pada lewat permainan.

Sensasi Perancis, Kylian Mbappe berada di prestasi terbaik dan sentiasa memberikan ancaman besar terbesar buat Monaco serta menjadi perbezaan di antara kedua-dua pasukan ketika bekas kelabnya itu tumbang dua kali berturut-turut di pentas final mengikuti kekalahan 1-4 tahun lalu.





“Malam ini pemain hebat Kylian berada bersama pasukan yang satu lagi, dia adalah perbezaan terhadap permainan,” kata pengurus Monaco, Leonardo Jardim.

“Saya fikir kami bermain dengan sikap yang betul, sentiasa cuba untuk memburu gol selepas penalti.”

Kemenangan menyaksikan gergasi Perancis itu kini memiliki lapan kejuaraan Piala Perancis dan meneruskan deretan kemenangan dalam aksi piala domestik itu kepada 40 perlawanan sejak tewas kepada Montpellier pada Januari 2014.



PSG memperoleh penalti seawal minit keempat selepas pemain Poland, Kamil Glik menjatuhkan Mbappe yang menyaksikan permainan tertangguh hampir tiga minit sebelum Cavani melengkapkannya untuk gol ke-34 miliknya musim ini.

Mbappe bukan saja terbabit dengan gol kedua PSG yang disempurnakan Di Maria, malah turut menyumbang gerakan untuk gol ketiga tuan rumah menerusi Cavani berpunca daripada sepakan sudut. – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,