Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mahu Ronaldo Kembali, Mourinho Sedia Lepaskan Pogba

Related imageMANCHESTER United sanggup menjual Paul Pogba ke Real Madrid dengan syarat mereka boleh mendapatkan semula khidmat Cristiano Ronaldo.




Pogba bergelut dengan prestasi tidak menentu dibawah pimpinan Jose Mourinho musim ini.

Malah hubungan bintang Perancis berusia 25 tahun itu turut dilaporkan dengan Mourinho dikatakan mulai dingin.

Sejak dari itu timbul khabar angin yang mengaitkan Pogba bakal meninggalkan Old Trafford dengan Real dan Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmatnya.





Menurut laporan Don Balon, Mourinho hanya akan melepaskan Pogba ke Real sebagai pertukaran dengan Ronaldo.

Red Devils dilaporkan sanggup menawarkan Pogba dengan bidaan sebanyak 66 juta pound sterling terhadap Ronaldo pada musim panas akan datang.



Don Balon melaporkan, Ronaldo yang meninggalkan Old Trafford pada 2009 juga bersedia untuk kembali memperkuat United.

Namun, Pogba menegaskan bahawa dia tiada sebarang masalah dengan Mourinho.

“Dia adalah jurulatih, dia buat keputusan. Saya hanyalah seorang pemain. Saya terima dan perlu respons di atas padang,” kata Pogba.



(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,