Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Barcelona juara Piala Raja Sepanyol

MADRID: Lionel Messi dan Luis Suarez membantu kemenangan 5-0 Barcelona ke atas Sevilla dalam aksi final Piala Raja Sepanyol awal pagi tadi.




Messi menjaringkan satu gol manakala Suarez dua sebelum rehat di Wanda Metropolitano, dengan Andres Iniesta dan Philippe Coutinho turut menambah derita Sevilla.

Persembahan menakjubkan Barca membolehkan mereka merangkul kejuaraan ke-30 dalam kejohanan ini dan yang keempat berturut-turut selepas mara ke final sepanjang lima tahun lalu.

Namun kemuncak keraian skuad kendalian Ernesto Valverde hanya akan ditentukan Ahad depan, dengan kemenangan ke atas Deportivo La Coruna akan mengesahkan Barca sebagai juara La Liga, sekali gus merangkul kejuaraan berganda tahun ini.





Bagaimanapun kehebatan dalam saingan domestik musim ini tidak dapat memadamkan kekecewaan Barca yang tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Roma.

Barcelona fans celebrate in front of a giant scoreboard signifying their dominance in Saturday's final“Memenangi kejohanan ini tidak dapat menyembunyikan kekecewaan di Rome,” kata Suarez selepas perlawanan. “Tetapi di awal musim sesiapa saja akan memburu kejuaraan berganda.”



Messi sekali lagi mempamerkan aksi hebatnya di atas padang tetapi dia tidak keseorangan.

Suarez meledak gol ke-31 dan 32 dirinya musim ini manakala Iniesta, yang bermain pada final terakhir bersama Barca sebelum berpindah ke China, membuktikan dia masih berbisa pada usia 33 tahun.

Kemenangan Barca dilengkapkan dengan jaringan penalti Coutinho pada minit ke-69. – AFP



Comments

comments

, ,