Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Copa del Rey : Valverde mahu Suarez tampil agresif

BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde enggan memaksa penyerangnya Luis Suarez ‘memperlahankan’ corak permainan menjelang aksi kedua separuh akhir Piala Raja Sepanyol berdepan Valencia awal pagi esok meskipun bakal kehilangan tempat ke final jika dilayangkan kad kuning kedua.



Suarez digantung ketika aksi final berdepan Alaves tahun lalu selepas dibuang padang ketika perlawanan kedua separuh akhir menentang Atletico Madrid dan mungkin berdepan nasib sama jika dilayangkan kad kuning kedua dalam empat penampilannya di kejohanan itu.

Penyerang Uruguay itu meledak gol tunggal pada aksi pertama di Nou Camp yang memberikan Barca kelebihan 1-0 dan jika menang perlawanan itu, mereka bakal mencatat sejarah sebagai pasukan pertama layak ke final Piala Raja Sepanyol buat tahun kelima berturut-turut.

“Kita pernah bercakap mengenai karakter Luis sebelum ini namun gaya agresif yang ditunjukannya ketkka serangan, dari aspek mencari ruang dan gol amat membantu kami biarpun ada kalanya dia akan dilayangkan kad kuning,” kata Valverde dalam sidang media hari ini.




“Buat masa ini, kami akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir dan akan melakukan segala-galanya untuk memenanginya. Selepas itu barulah kami fikirkan mengenai masa depan.”

Valencia tidak pernah mara ke final dalam tempoh 10 tahun dan Ronald Koeman pernah membawa mereka menjulang piala berkenaan pada 2008 selepas menyingkirkan Barcelona pada separuh akhir.

“Saya tidak tahu jika kami berhak menang atau tidak tetapi saya boleh memberi jaminan kami amat mahukannya,” kata jurulatih Valencia Marcelino.




“Kami bermain menentang pasukan pilihan untuk kejohanan ini dan dengan keputusan buruk. Pemain yakin mereka mampu melakukannya dan kami akan berikan segala-galanya.

“Kami menjangkakan perlawanan yang panjang dan sulit tetapi kami akan cuba memberi laluan sukar buat Barca.”- Reuters



Comments

comments

, ,