Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Rekod 29 perlawanan Barcelona lebur

Lionel Messi missed a penalty as Barcelona were defeated by their neighbours in a bad tempered quarter final first leg

Rentetan 29 perlawanan tanpa kalah Barcelona akhirnya tamat selepas tewas mengejut 1-0 di tangan Espanyol dalam aksi suku akhir pertama Piala Raja Sepanyol di Stadium RCDE, awal pagi tadi.



Turun sebagai juara bertahan, skuad bimbingan Ernesto Valverde itu berpeluang berada di depan seawal minit pertama, namun sepakan percuma Lionel Messi sekadar melewati palang gol sebelum rembatan pemain Argentina itu pada minit ke-22 ditangkap kemas penjaga gol, Diego Lopez.

Paulinho turut berpeluang untuk meletakkan Barca dalam kedudukan selesa tujuh minit kemudian tetapi tendangannya tersasar ke sebelah kanan gawang dan percubaan jarak dekat Denis Suarez seminit sebelum waktu rehat sempat diselamatkan oleh pertahanan tuan rumah, Oscar Duarte.

Peluang keemasan pelawat untuk mendahului muncul pada minit ke-62 apabila Sergi Roberto dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Esteban Granero.




Barcelona were beaten in the first leg of their Copa del Rey quarter final against neighbours Espanyol

Bagaimanapun, Messi gagal menyempurnakan sepakan itu selepas Lopez melayangkan badan untuk menepis percubaan pemenang anugerah lima kali Ballon d’Or itu serta terus memastikan gawangnya kebal daripada dibolosi.


Espanyol hampir mengejutkan pelawat menerusi sepakan percuma dari jarak 20 ela menerusi Marc Navarro sebelum percubaannya ditampan keluar oleh penjaga gol Barcelona, Jasper Cillessen.

Tatkala perlawanan bakal berakhir dengan keputusan seri, Oscar Melendo mencipta kejutan apabila mencatat gol kemenangan menerusi tendangan kaki kiri selepas menerima umpanan Navarro dari sebelah kanan dan keputusan 1-0 kekal sehingga aksi ditamatkan.

Barca masih berpeluang untuk mara ke separuh akhir apabila turun bagi aksi timbal-balik di Camp Nou pada 26 Januari ini.



Comments

comments

, ,