Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengarah Drama Dakwa Farid bawa ‘Pistol’ Ke Lokasi Penggambaran

Image result for Shuhaimi Lua farid kamilSejak penahanan Farid Kamil tempoh hari lalu, ramai yang mula tampil menceritakan rentetan kelakuannya sebelum hari kejadian berlaku. Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior Ridzuan Hashim, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta.




Menurut Shuhaimi, dalam suasana kelam kabut akibat tindakan di luar jangkaan Farid menampar Ridzuan itu, dia ternampak sepucuk pistol di pinggang pelakon itu.

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia (Fa­rid) tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi.

Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan mengenai pelakon Ridzuan yang mendakwa Farid telah menamparnya di set penggambaran sehari sebelum kejadian pelakon Lagenda Budak Setan itu melakukan tindakan yang sama ke atas seorang anggota polis trafik.

Dedah Shuhaimi, Farid turut menengking seorang jurukamera tanpa sebarang sebab.

“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut,” ujar Shuhaimi.

Menyambung kisah yang berla­ku tempoh hari, Shuhaimi berkata, sele­pas jurukamera berkenaan menja­wab pertanyaan, Farid berlalu pergi sebelum memberita­hu yang dia hanya bergurau.

Sebetulnya kata Shuhaimi, Farid tidak terlibat dengan drama arahannya tempoh hari.





“Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya.

“Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika,” katanya lagi.

Shuhaimi tidak menafikan bahawa tamparan Farid ke atas Ridzuan, 53, sangat kuat sehingga menyebabkan wajah pelakon senior itu berubah menjadi merah.

Fadzil Zahari, adik kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengesahkan pistol yang ‘dibawa’ abangnya seperti dakwaan pengarah Shuhaimi Lua Abdullah merupakan ‘props’ penggambaran.

Tambah Fadzil, pistol tersebut bukan bukan milik Farid Kamil yang di bawa ke set penggambaran, seperti didakwa Shuhaimi Lua sebaliknya ia merupakan ‘props’ dari set penggambaran itu sendiri.

“Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai?



“Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini,” jawabnya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pengarah Shuhaimi Lua kepada sebuah akhbar

Sementara itu Polis tidak menolak kemungkinan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari bakal berhadapan lebih banyak pertuduhan selain tindakannya menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, sebarang pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap Farid Kamil akan ditentukan selepas polis selesai menjalankan siasatan.



(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,