Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO United hanya seri, Diboo Penyokong Sendiri

Lukaku was down on the floor for a while and required careful treatment from the United medical staffPENUTUP 2017 yang kurang baik buat Manchester United apabila ‘tergelincir’ ke kedudukan ketiga Liga Perdana selepas aksi seri 0-0 ke atas Southampton awal pagi Ahad.

Percaturan bijak skuad pelawat ke Old Trafford menyukarkan anak buah Jose Mourinho mencatat tiga mata penuh.

Keputusan tersebut menjadikan Saint mara ke tangga ke-15 liga dan menjadikan United bertukar kedudukan dengan Chelsea untuk berada di tangga kedua.



Lima minit selepas permainan bermula, penyerang kesayangan Mourinho, Romelu Lukaku terpaksa diusung keluar gara-gara terhantuk dengan kepala pemain lawan.

Keputusan itu menyebabkan skuad United ‘diboo’ oleh penyokong yang hadir dan ianya adalah catatan seri ketiga berturut-turut.

Lebih malang lagi buat United, Mourinho mengesahkan Zlatan Ibrahimovic bakal diketepikan sebulan lagi kerana kembali cedera.

Bekas bintang United, Paul Scholes turut mengkritik perlawanan tersebut.

“United kelihatan sepeti pasukan letih. Mereka seolah-olah bermain 50 atau 60 perlawanan musim ini dan kita sudah separuh ‘perjalanan’.




“Mereka perlu kembali bangkit kerana kedudukan keempat terbaik tidak boleh dijamin pada saat ini.

“Mereka perlu fokus dan mencari tenaga dan pengurus perlu mendengar.

“Pemain di luar prestasi dan mungkin juga dengan pengurus. Situasi ini berterusan dan pengurus tidak mengambil tanggungjawab mengenainya,” ujar Scholes.

Sementara itu Jose Mourinho percaya Romelu Lukaku mungkin terlepas dua perlawanan selepas mengalami kecederaan kepala awal pagi tadi.

Lukaku berlanggar dengan pertahanan, Wesley Hoedt, pada minit kelapan dan insiden itu membuka laluan untuk Marcus Rashford beraksi.

Pemain antarabangsa Belgium itu menerima rawatan beberapa minit sebelum dibawa meninggalkan padang.



Dan ketika Mourinho masih tidak pasti sejauh mana keadaan kecederaan Lukaku, dia tidak jangka dapat menggunakan khidmat pemain itu dalam kunjungan pasukannya ke Everton awal pagi Selasa atau berdepan Derby County dalam pusingan ketiga Piala FA, Sabtu ini.

“Saya tidak tahu,” katanya dalam sidang akhbar. “Saya tahu selalunya kecederaan teruk disusuli berita buruk tetapi ia belum tiba.

“Tetapi meninggalkan padang seperti itu, kami tidak berfikir dua kali untuk membuat keputusan dengan serta-merta. Ia kerana masalah itu tidak hanya untuk hari ini tetapi dua perlawanan berikutnya, saya pasti,” ujarnya.

Kehilangan Lukaku menjadi tamparan tambahan buat Mourinho, yang pada awalnya mengesahkan Zlatan Ibrahimovic juga akan direhatkan akibat kecederaan lutut.



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,