Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PKNS FC lamar Nurridzuan, Jafri

Image result for Nurridzuan Abu HassanPENGURUS kelab bola sepak Perbada­nan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan kehadiran dua pemain me­ningkat naik, Nurridzuan Abu Hassan dan Mohd. Jafri Firdaus Chew yang dilihat bakal menguatkan cabaran mereka bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebagai rekod, PKNS FC yang kini dibimbing oleh pengendali berpengaruh tempatan, Datuk K. Rajagobal hanya mengekalkan khidmat 10 pemain senior untuk saingan musim depan termasuk ketua pasukan, Safee Sali.




Menurut Mahfizul, kuota untuk pemain tempatan hampir lengkap dan kini persiapan memasuki fasa terakhir yang hanya melibatkan pencarian empat awang import.

“Saya boleh sahkan bahawa skuad kami sudah memiliki barisan pemain tempatan yang dianggap boleh membawa cabaran pasukan untuk mengharungi aksi Liga M yang dijangka se­ngit pada tahun depan.

“Antara nama pemain baharu yang saya boleh sahkan dalam senarai pasukan musim depan adalah Nurridzuan (Abu Hassan), Mohd. Jafri (Firdaus Chew), K. Reuben dan Mohd. Qayyum (Marjoni Sabil),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Mahfizul percaya Rajagobal mampu memberi sentuhan magisnya dalam membangkitkan semula potensi Nurridzuan yang sebelum ini dianggap sebagai antara pemain muda paling berbakat di Malaysia.





“Jika dilihat sejarah Nurridzuan, dia dilabelkan sebagai pemain muda yang sangat berpotensi ketika beraksi bersama Perak sebelum kecederaan menjejaskan sedikit perjalanan kariernya, namun dia berusaha untuk kembali menyerlah dengan skuad Pahang tahun ini.

“Saya harap keha­dirannya bersama pa­s­ukan PKNS FC di bawah kendalian Rajagobal boleh menyinarkan kembali kariernya kerana dia mempunyai potensi untuk dipilih sebagai pemain kebangsaan jika terus konsisten.

“Mengenai Jafri, saya percaya jurulatih mempunyai perancangan tersendiri memandangkan dia masih lagi berusia 20 tahun. Mungkin dia dapat belajar sedikit sebanyak apabila digandingkan dengan Safee (Sali) nanti,” jelasnya.

Skuad The Red Ants dijangka memulakan kempen pramusim de­ngan menentang pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini.



(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,