Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pep Guardiola pengurus terbaik

Kejayaan anak-anak buah Pep Guardiola mecipta kemenangan 18 perlawanan berturut-turut telah memberi kelegaan kepada pengendali Manchester City itu apabila pemain-pemainnya berjaya memberi komitmen untuk terus memberikan aksi konsisten dan cemerlang dalam saingan Liga Premier edisi 2017-2018 ini.



Setelah mencipta kemenagan yang bergaya ketika menentang Newcastle pada perlawanan yang ke 20 ia telah membawa jurang mata yang begitu jauh dengan Manchester United ditempat ke 2. Ini sudah tentu akan memberi keyakinan kepada pemain-pemainnya untuk memberi aksi yang terbaik.

Dengan falsafah permainan hantaran-hataran pendek secara buildup serta pergerakan secara berpasukan baik ketika bertahan atau pun menyerang yang diterapkan oleh Guardiola itu telah membawa dimensi baharu kepada corak permainan Man City. Inilah yang perlu dipelajari oleh jurulatih-jurulatih tempatan bagaiaman Pep Guardiola ini mampu mengawal dan berfikir untuk mencipta kejayaan yang luar biasa ketika membimbing mana-mana kelab sekali pun.

Apa yang penulis lihat tentang katektor Guardiola ini dia mempunyai identiti dan karisma tersendiri melalui pengamatan penulis melalaui bacaan tentang biografi diri beliau “Pep Guardiola Another Way Of Winning” dia seorang yang gemar berfikir kehadapan serta bijak mencari solusi untuk mencipta kejayaan.




Yang lebih penting Guardiola mempunyai imej yang tersendiri dalam membentuk sesebuah pasukan itu menjadi serta bijak mengawal emosi pemain-pemainnya. Dia bertindak seperti memtadbir sesebuah syarikat dimana beliau akan mengambil berat tentang anak-anak buahnya sebagai seorang ketua. Inilah sikap yang ada pada Guardiola dimana beliau mampu mengajak pemain-pemain bersamanya serta menggunakan pendapatan psikologi dalam memenangi hati pemain-pemainnya.

Sudah tentulah dengan prestasi pasukan Man City ketika ini agak sukar kepada pasukan-pasukan lain untuk bersaing merebut tempat pertama Liga Premier edisi 2017-2018 ini. Tetapi perjalanan saingan liga masih jauh dan masih banyak perkara yang perlu dilalui oleh Guardiola dan anak-anak buahnya dan ketika ini juga Pep Guardiola adalah jurulatih terbaik. – stdiumastro



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,