Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Klopp pertahankan polisi penggiliran pemain

LIVERPOOL, England 14 Dis. – Pengurus Liverpool, Juergen Klopp tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan polisi penggiliran pemain biarpun langkah tersebut memakan diri selepas melakukan enam perubahan hingga menyebabkan pasukannya sekadar seri 0-0 menentang West Bromwich Albion.



Keputusan itu juga turut menyebabkan Liverpool terlepas peluang untuk mendapatkan tiga mata penuh sekali gus hanya membolehkan kelab itu mengumpul 31 mata berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Kata Klopp, Liverpool tidak bernasib baik dan dinafikan kemenangan terutama apabila jaringan Dominic Solanke dibatalkan kerana terkena tangan lapan minit sebelum tamat aksi di Anfield.

Gol Solanke itu tidak menjadi topik perbualan hangat ketika ini berbanding keputusan Klopp untuk mengekalkan polisinya.




“Bukan tugas saya bercakap mengenainya (polisi penggiliran pemain) kerana saya sudah membuat keputusan dan jika kami tidak menang, bagi saya, ia kelihatan tidak menjadi.

“Semua ini sering kali berlaku dalam kehidupan seorang pengurus dan tidak guna jika terlalu kecewa mengenainya,” kata Klopp. – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,