Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dua didakwa bunuh remaja perempuan

TEMERLOH: Dua remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh, di sini, pagi tadi, atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, 25 Oktober lalu.



Tertuduh, Zamirul Aliff Mohd Zaki, 19, dan seorang lagi remaja berusia 15 tahun, didakwa membunuh Nur Amira Abdullah pada tarikh itu, di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera, antara jam 1.10 pagi hingga jam 3.30 pagi.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa di depan Majistret Najwa Hashim.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang berasal dari Bera.





Tertuduh yang masih bersekolah dan pelajar kolej ditahan pada 18 Disember lalu, tidak diwakili peguam pada prosiding itu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 24 Januari ini bagi menunggu hasil laporan kimia dan bedah siasat.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan mengesahkan mayat Nur Amira ditemui terapung di Sungai Triang pada jam 3.30 petang, 26 Oktober lalu.

Mayat mangsa yang tidak bersekolah itu ditemui dengan 45 kesan luka tikaman, antaranya di dada, abdomen, belakang badan, tangan dan kaki, manakala punca kematiannya disahkan akibat luka tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam. – BH



(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments