Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Diugut ketua umum PSSI: FAS tuntut pampasan jika Ilham, Evan gagal sertai Selangor

Image result for Ilham, Evan

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Selangor akan menuntut pampasan daripada Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sekiranya mereka enggan melepaskan Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas.

Pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad menegaskan, kedua-dua pemain itu milik Red Giants kerana telah menandatangani kontrak dan kegagalan untuk menyertai Selangor akan menjejaskan persiapan pasukan.

Bagaimanapun kata Abdul Rauf, tuntutan pampasan atau membawa kes kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya pilihan terakhir Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seandainya rundingan dengan PSSI gagal menemui keputusan positif.



Katanya, dalam rundingan itu juga Selangor memberi jaminan kepada PSSI bahawa Evan dan Ilham akan dilepaskan untuk membawa cabaran skuad bawah 23 (B-23) Indonesia bagi menghadapi Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di negara itu dari 18 Ogos hingga 2 September.

“Ilham dan Evan dijadual menyertai kem latihan Selangor pada 2 Januari ini dan jika kelibat mereka tidak kelihatan pada hari tersebut, Presiden FAS akan mengadakan rundingan dengan Presiden PSSI.

“Kami mahu selesaikan masalah secara profesional. Mereka sudah menandatangani kontrak bersama Selangor dan menjadi milik kami secara sah.

“Bagaimanapun, jika PSSI enggan melepaskan mereka, FAS akan menuntut pampasan dan jika masih berdegil lagi barulah kami membawa kes ini kepada FIFA. Kalau boleh kami tidak mahu perkara ini sampai ke FIFA sebab itu akan merumitkan keadaan,” kata Abdul Rauf kepada Mingguan Malaysia.




Tegas Abdul Rauf lagi, kebimbangan yang ditimbulkan Presiden PSSI, Edy Rahmayadi bahawa Selangor mungkin tidak melepaskan kedua-dua tonggak mereka itu untuk Sukan Asia adalah tidak berasas.

“Sebelum ini kami ada Bambang (Pamungkas), Elie Aiboy dan Andik (Vermansah) tetapi kami tidak pernah tidak melepaskan mereka untuk mewakili Indonesia walaupun Sukan Asia tiada dalam kalendar FIFA.

“Sukan Asia berlangsung ketika Liga Malaysia (Liga M) berjalan dan selepas meneliti jadual perlawanan, kedua-dua pemain hanya akan terlepas dua perlawanan. Kami janji akan lepaskan mereka. Tiada masalah,” katanya lagi.

Perpindahan Ilham dan Evan menjadi kontroversi selepas mendapat kritikan daripada Edy yang melabel kedua-dua pemain itu tidak tidak patriotik dan ‘mata duitan’.




Walaupun perpindahan tersebut dipalit dengan kontroversi namun Abdul Rauf yang juga Naib Presiden FAS menegaskan insiden tersebut tidak akan membuatkan Selangor serik untuk mendapatkan import dari Indonesia pada masa depan.

“Tidak wujud perkataan serik untuk Selangor. Setiap pemain import yang diambil kami telah menilai perkembangan pemain dan import dari Indonesia sudah terbukti menyerlah di Selangor dan saya percaya kedua-dua pemain ini boleh mengikuti jejak langkah pemain senior mereka yang pernah bersama Red Giants,” katanya.

Terdahulu Bhayangkara FC dilaporkan sedia menerima kembali Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn. Evan dan Ilham sudah telah bersetuju untuk menyertai Selangor FA musim depan. Akan tetapi, ketua umum PSSI Edy Rahmayadi, mengatakan bakal menyisihkan kedua pemain itu dari skuad indonesia jila keluar dari liga Indonesia.



(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,