Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya Akan Berjaya Di United Jika Sempat Beli 2 Pemain ini – Moyes

DAVID Moyes mendedahkan dua pemain yang patut dibeli Manchester United selepas melantikanya sebagai pengurus kelab berkenaan.

Moyes meninggalkan Everton untuk menggantikan Alex Ferguson yang bersara selepas 26 tahun berkhidmat menerusi kontrak selama selama enam tahun.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan, Moyes dipecat ketika Liga Perdana Inggeris masih berbaki empat perlawanan akibat menghuni tangga ketujuh.




Namun ketika United mula garang hasil bimbingan Jose Mourinho, Moyes tampil meluahkan kekecewaan selepas gagal mendapatkan dua pemain penting.

Jelasnya, selepas dilantik sebagai pengganti Ferguson, United sepatutnya mendapatkan Khidmat Cesc Fabregas dan Gareth Bale sebagai keperluan utamanya.

 

Malangnya, perpindahan itu tidak berlaku dan dia perlu meneruskan dengan pemain yang ditinggalkan Ferguson dan telah berjaya menjulang piala liga.





Image result for fabregas bale“Mereka berdua ada sasaran penting ketika itu, tetapi dengan alasan tertentu saya tidak dapat mereka.

“Jika mendapat khidmat mereka, ia dapat membentuk semula pasukan mengikut kehendak saya.

“Saya tidak fikir mana-mana pengurus dapat melakukan lebih baik dengan pantas daripada masa yang diberikan kepada saya,” katanya kepada Daily Mirror.



(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,