Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lima kesan Barcelona tinggalkan LaLiga

Lima kesan Barcelona tinggalkan LaLigaJika Barcelona meninggalkan La Liga, ia akan menjadi mimpi buruk buat setiap peminat bola sepak. Bagaimanapun, perkara ini bakal berlaku apabila pergolakan di Catalonia dilihat semakin meruncing sehingga berlaku insiden pertempuran di antara pihak aktivis dan polis.

Dalam misi mencari kemerdekaan daripada Sepanyol, ia telah dinyatakan bahawa Barcelona tidak boleh lagi bersaing dalam LaLiga. Mereka merupakan antara kelab yang menunjangi saingan domestik di Sepanyol dan terdapat beberapa impak jika mereka meninggalkan LaLiga.




1. LaLiga menjadi bosan

LaLiga, seperti yang diketahui ramai, merupakan persaingan di antara dua kelab yang membariskan pemain-pemain terbaik dunia, Real Madrid dan Barca. Walaupun kemunculan pesaing baru, Atletico, yang meraih kejuaraan pada bagi musim 2013-14, Valencia serta Real Sociedad merupakan antara yang berjaya bergelar juara pada awal tahun 2000, saingan ini masih lagi menumpukan kepada Real atau Barcelona. Tanpa Barcelona, Real akan mendominasi saingan untuk jangka masa panjang dan mengurangkan lagi kehangatan LaLiga.

2. Derby Madrid

El Clasico tidak lagi wujud, derby Madrid atau El Derbi Madrileno akan menjadi perlawanan yang paling penting dalam LaLiga. Walaupun Real Madrid dilihat sebagai pasukan yang lebih kuat berbanding jiran mereka, skuad kendalian Diego Simeone ini juga berjaya memberikan kejutan kepada Real dalam beberapa pertemuan sebelum ini. Mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) dengan hanya tewas kepada Real, membuktikan Atleti sudah mula mengorak langkah untuk menjadi salah sebuah pasukan yang berpengaruh di Sepanyol.

3. Impak kepada skuad kebangsaan La Roja

Pemisahan Barcelona daripada Sepanyol turut memberikan kesan kepada skuad kebangsaan. Teras kepada pasukan yang berjaya menjuarai dua Kejohanan Eropah dan satu Piala Dunia merupakan pembentukan daripada pemain-pemain Barcelona. Cesc Fabregas, Sergio Busquets, Xavi, Jordi Alba dan pemain-pemain yang meningkat naik seperti Sergi Roberto, Marc Bartra dan Cristian Tello tidak akan lagi dapat beraksi bersama skuad Sepanyol selepas ini.

4. Liga Catalan atau Ligue 1?

Jika Barcelona meninggalkan saingan LaLiga, Barcelona akan bersaing dalam Liga Catalonia (liga baru) atau beraksi dalam Ligue 1 sama seperti penglibatan Monaco.

Jika pertubuhan liga baru dibentuk, Barcelona tidak akan mempunyai sebarang saingan dan ia akan menjejaskan kualiti, jadi pilihan terbaik adalah mereka menyertai Ligue 1 untuk bersaing bersama PSG dan Monaco dalam Ligue 1.





5. Tiada lagi El Clasico

Pertama kepada LaLiga. Perseteruan yang paling dikenali seluruh dunia, El Clasico, adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak. El Clasico adalah nadi kepada LaLiga, bola sepak Sepanyol.

Lionel Messi meledak jaringan hatrik di Bernabeu, Ronaldinho menerima penghormatan di Bernabeu, Ronaldo mempamerkan magis dengan jaringan pada penghujung perlawanan di Nou Camp, ini merupakan memori yang akan sentiasa kekal dalam ingatan penyokong LaLiga.

Kita menyedari kesan untuk kedua-dua pasukan ini. Persaingan di antara kedua-dua kelab ini mendorong mereka untuk menjadi lebih baik daripada satu sama lain dan sebagai hasilnya, kita disajikan dengan aksi magis oleh kedua-dua pasukan. Ketika zaman kegemilangan Barcelona (2009-11), mereka sering dikejar oleh Real dan persaingan mereka hanya menjadikan Barcelona semakin mantap. – stadiumastro



Comments

comments

,