Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Trio Penyerang Termahal Dunia

Trio termahal duniaBerbelanja sejumlah wang yang banyak bagi mendapatkan pemain-pemain bertaraf bintang tidak menjamin sebarang kejayaan tetapi statistik yang telah dipamerkan oleh Paris Saint-Germain (PSG) membuktikan pembelian mereka membuahkan hasil.

Kejayaan PSG melakar kemenangan 5-1 ke atas Metz merupakan kemenangan kelima mereka dalam saingan Ligue 1 — kali pertama mereka berjaya menjaringkan lima gol ke atas lawan tersebut sejak 1992.




Dibarisi oleh trio termahal di dunia, Edinson Cavani yang menyertai dari Napoli dengan nilai perpindahan sebanyak EURO63 juta (RM318 juta), pemain termahal dunia, Neymar, dengan nilai EURO222 juta (RM1.1 bilion)] dan bintang muda, Kylian Mbappe, yang menyertai secara pinjaman untuk musim ini sebelum PSG membayar EURO180 juta (RM909 juta) pada penghujung musim ini.

Dengan ketiadaan masa untuk mencari ramuan terbaik bagi membentuk keserasian, ia bukan penghalang untuk membuktikan PSG semakin agresif menghasilkan sebuah pasukan elit Eropah untuk bersaing dengan Real Madrid, Barcelona mahupun Bayern Munich.





Dalam pertemuan di Stade Saint-Symphorien, ia membuktikan jentera serangan ini mempamerkan aksi cemerlang dengan Cavani yang menemui sentuhan penyudah dalam lima perlawanan berturut-turut untuk PSG — kali terakhir pemain yang berjaya melakukannya adalah Sylvain Wiltord bersama
Bordeaux pada musim 1998-99.

Magis yang dipamerkan oleh Neymar seakan-akan tidak pernah berkurang, pemain kebangsaan Brazil itu telah berjaya meledak satu gol (jaringan keempatnya dalam saingan Ligue 1) dan melakukan bantuan jaringan buat kali ketiga dalam empat perlawanan.





Pelengkap bagi menyaksikan PSG bakal menjadi igauan pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL), Kylian Mbappe juga tidak ketinggalan untuk menjaringkan gol sulungnya buat PSG.

Lantas, aksi lima bintang yang dipamerkan oleh gergasi Perancis ini adalah satu permulaan dan laungan amaran bagi mencapai sasaran utama mereka untuk bergelar juara Eropah.

Stadiumastro

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,