Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kafa Selesaikan Tunggakan Gaji Skuad Piala Presiden, Desak Penaja Lunas Tunggakan Penajaan

KAFAKOTA BHARU 19 Sept – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendesak beberapa penaja supaya melunaskan segera bayaran tunggakan penajaan bagi musim 2017.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, tunggakan itu melibatkan jumlah lebih RM1 juta berdasarkan kepada laporan yang diperoleh.

Menurutnya, lebih mengejutkan ada penaja yang langsung tidak menunaikan tanggungjawab tersebut biarpun sudah berjanji untuk berbuat demikian sebelum ini.

“Saya harap mereka yang terlibat segera berbuat demikian bagi membolehkan Kafa menyelesaikan masalah tunggakan gaji ketika ini,” katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pemain Piala Presiden Kelantan 2017.

Pada majlis tersebut, Bibi Ramjani turut melunaskan bayaran tunggakan gaji selama dua bulan iaitu Julai dan Ogos melibatkan pemain pasukan itu.

Kurang 48 jam selepas dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan mengorak langkah dengan membawa khabar gembira untuk barisan pemain Piala Presiden, iaitu menyelesaikan tunggakan dua bulan gaji mereka.

Perkara itu diumumkan beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama barisan kepemimpinan baharu Kafa, di sini yang berlangsung kira-kira tiga jam malam tadi.

bb





“Dalam mesyuarat malam ini, saya berjaya mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan dan meneliti segenap aspek bagi membolehkan Kafa membut perancangan rapi.

“Selepas berbincang, kita sudah buat senarai perkara yang perlu diberi keutamaan akan disegerakan terutama tunggakan gaji pemain,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Bibi Ramjani menafikan kononnya berlaku pergolakan dalam barisan kepemimpinan, termasuk khabar angin mengatakan dua Naib Presiden yang baru memenangi jawatan itu, Datuk Aizudin Mohd. Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim bakal meletakkan jawatan.

“Perkara itu tidak benar, kedua-dua Naib Presiden dan semua ahli pengurusan memberikan komitmen terbaik terhadap persatuan.



(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,