Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Search Diperintah Bayar Ganti Rugi RM500,000

Search Batal Kolaborasi Bersama AFJETSMAHKAMAH Tinggi Shah Alam, hari ini, memerintahkan tiga ahli kumpulan rock Search membayar ganti rugi hampir RM500,000 kepada AF Jets Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian berhubung pembatalan Konsert Search 35 Tahun, tahun lalu.

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan AF Jets bagi mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pemain gitar Noordin Mohd Taib, 55, pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50, dan pemain gitar bass Nasir Daud, 58.

Ia berikutan ketiga-tiga mereka gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan syarikat itu.

Melalui prosiding, AF Jets sebagai plaintif berjaya memperoleh ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71, selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian.

Peguam Adnan Seman ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya masih meneruskan saman terhadap vokalis Amy Search atau Suhaimi Abd Rahman, 59.

Plaintif memfailkan saman itu pada 14 Oktober tahun lalu, mendakwa mereka melanggar perjanjian persefahaman membabitkan kerjasama dalam penganjuran konsert itu.

Terdahulu Notis pembatalan tersebut telah dihantar  melalui peguam Search, Yusmadi Yusoff daripada Fahda Nur & Yusmadi pada 19 Mei tahun lalu.





“Pihak kami menggesa AFJETS untuk berhenti menggunakan nama Search dalam apa-apa bentuk promosi, penerbitan elektronik atau tidak elektronik dengan serta-merta.

“Pihak kami mendapati  penganjur tidak bersikap profesional dengan menimbulkan isu Memorandum Persefahaman (MoU) yang dianggap boleh merosakkan reputasi kumpulan Search.

“Kenyataan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif AFJETS, Amrul Nizar Anuar kepada media juga mengelirukan dan boleh menyebabkan fitnah kepada pihak Search terutama dalam kenyataannya mengenai penyingkiran Yazid daripada terlibat dalam Konsert 35 Tahun tersebut,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Sri Hartamas pada petang Jumaat.

Sementara itu vokalis kumpulan Search, Amy menyatakan rasa terkilannya terhadap kegagalan pihak penganjur mengawal kemelut yang berlaku di antara Search dan pemain dram mereka, Yazit Ahmad.

“Pihak AFJETS sepatutnya menjelaskan hal ehwal pengurusan dan kewangan dikendalikan oleh mereka supaya salah faham di antara kami tidak timbul, bukan bersikap seperti ‘mencurah minyak ke dalam api’.

“Kegagalan mereka melakukan demikian telah menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadap kami sehingga dituduh pecah amanah,” katanya.

Tambah Amy, memandangkan kolaborasi dengan  AFJETS lebih banyak memberi mudarat terhadap nama baik Search, mereka mengambil keputusan untuk membatalkan MOU dengan pihak terbabit.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,