Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

UAE, Arab Saudi Haramkan Jersi Barcelona

Perkataan Qatar telah dipadam di premis UAE

Konflik hubungan diplomatik antara tujuh negara Timur Tengah dan Qatar ternyata turut terbias kepada kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Barcelona.

Penyokong kelab yang ditaja Qatar Aiways itu perlu berwaspada sekiranya berkunjung ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Mengikut laporan The Sun, UAE tidak membenarkan seseorang untuk menonjolkan sebarang bentuk perkara yang mempunyai kaitan dengan Qatar di negara itu.

Jika tertangkap, pelaku boleh dikenakan denda £110,000 (RM594,228) atau penjara selama 15 tahun.

Ia bermaksud, jika seseorang memakai jersi Barcelona yang tertera tulisan Qatar Airways akan berpotensi berdepan hukuman tersebut.

Terkini dilaporkan Arab Saudi turut serta mengharamkan pemakaian jersi Barcelona yang tertera nama penaja mereka yang merupakan sebuah syarikat penerbangan dari Qatar iaitu ‘QATAR AIRWAYS’.

Jika memakai jersi ini di Arab Saudi individu terbabit bakal menerima hukuman Penjara selama 15 tahun dan Denda sebanyak-banyaknya RM652,162.50 (£120,000).





Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi dan sekutunya – UAE, Bahrain, Mesir, Yaman, Libya dan Maldives membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Ia susulan dakwaan Doha terlibat dengan kegiatan keganasan kerana mendukung Ikhwanul Muslimin, pergerakan paling tua dan berpengaruh dalam dunia Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan syarikat penerbangan itu dilaporkan tidak meneruskan tajaannya untuk Barcelona pada musim depan.

Barcelona telah ditaja oleh Qatar Airways sejak empat musim yang lalu tetapi mereka telah mencapai perjanjian baru selama empat tahun bersama Rakuten yang merupakan sebuah syarikar Peruncit Atas Talian dari Jepun yang bermula musim 2017/18.

Barcelona telah dilaporkan sudah mengikat kontrak tajaan baru dengan satu syarikat perniagaan dari Jepun, Rakuten. baru dengan satu syarikat perniagaan dari Jepun, Rakuten.

Pada musim panas yang lalu terdapat sekumpulan penyokong Barcelona menyarankan kepada kelab supaya memutuskan dengan Qatar, di mana satu petisyen telah dibuat dan lebih 60 000 orang telah menandatangi petisyen tersebut.

Comments

comments

,