Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Harimau Malaya Dialu-alukan Kembali Beraksi Di Stadium Nasional

Image result for Azman Fahmi Osman stadium bukit jalilPerbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengesahkan skuad kebangsaan boleh kembali menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang di laman sendiri selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi Osman, kerja-kerja menaik taraf Stadium Nasional kini sudah memasuki fasa akhir.

Azman optimis Stadium Nasional sudah boleh digunakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk aksi membabitkan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Namun, ia terserah kepada FAM sama ada mahu barisan negara kekal beraksi di Larkin untuk saingan kelayakan Piala Asia atau kembali ke Stadium Nasional.





“Inilah rumah kita. Kami berharap selepas Stadium Nasional dibuka dan selepas temasya Sukan SEA dari19 hingga 31 Ogos depan,  kami mengalu-alukan perlawanan kelayakan Piala Asia diadakan di sini.

“Pintu Stadium Nasional sentiasa terbuka untuk pasukan kebangsaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kerja-kerja pengubahsuaian keseluruhan Kuala Lumpur (KL) Sports City kini sudah mencapai 98 peratus untuk disiapkan dan kunci dijangka diserahkan kepada PSM pada pertengahan bulan depan.

Menurut Pengarah Projek KL Sports City, S. Nalgunalingam, pihaknya kini mahu memastikan setiap prasarana utama KL Sports City mencapai piawaian badan sukan dunia yang berkaitan seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Pensijilan adalah penting agar venue ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa agar sesuatu pertandingan itu mendapat pengesahan selain rekod yang dibuat adalah sah,” kata Nalgunalingam.

mStar

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

,