Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

GrabCar Akan Aktifkan Butang Kecemasan Untuk Penumpang

GRABCar akan mempercepatkan pengaktifan butang kecemasan dalam aplikasinya yang dapat menghubungkan terus penumpang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berikutan seorang pemandu Grab Car ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Ahad lalu.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, fungsi terbabit sudah tersedia bagi kegunaan pemandu Grab Car.

“Buat masa ini, fungsi terbabit hanya boleh digunakan oleh pemandu Grab Car yang berdepan dengan situasi kecemasan.

“Bagaimanapun, kami merancang untuk mengembangkan fungsi terbabit untuk kegunaan penumpang juga,” katanya dalam satu kenyataan.





Menurut Sean, pihaknya sudah mengeluarkan lelaki berusia 30 tahun terbabit daripada senarai pemandu Grab Car.

“Grab tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang kegiatan jenayah oleh pemandu Grab Car,” katanya.

Sementara itu, tambah Sean, pihaknya akan memberikan sokongan moral kepada mangsa dan keluarga.

“Keutamaan kami sekarang adalah untuk membantu dan memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga.

Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini,” katanya.

Terdahulu, pemandu Grab Car terbabit dipercayai merogol mangsa ketika dalam perjalanan menghantar mangsa pulang ke rumah.

Mangsa yang mabuk ketika itu menyedari perbuatan suspek, namun tidak melawan dan dihantar pulang ke rumahnya.

Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 3 petang, semalam.

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments