Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Barcelona Juarai Piala Raja Sepanyol Kali Ke 29

Barcelona's players and staff pose for a photo with their newly earned Copa del Rey after winning the game in MadridBARCELONA mempertahankan gelaran juara Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) pada musim 2016/17 selepas menang 3-1 ke atas Deportivo Alaves dalam aksi final di Stadium Vicente Calderon, Madrid, awal pagi Ahad.

Barca menang menerusi gol sumbangan gol Lionel Messi (30′), Neymar (45′) dan Paco Alcacer (45+3′). Gol tunggal Alaves diperolehi melalui Theo Hernandez (33′).

Mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kualiti pemain, Barcelona tampil dominan sejak awal permainan. Mereka menguasai 73 peratus bola.





Gelaran ini adalah yang ke-29 buat Barcelona dalam saingan Copa del Rey. Mereka mencatat hatrik selepas meraih gelaran juara tiga kali berturut-turut.

Kemenangan dalam saingan domestik ini juga sedikit-sebanyak menghiburkan Messi dan rakan-rakan setelah gagal meraih trofi dalam La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,