Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Johan Marah Peminat Bazir Duit Undi Artis

Johan memenangi tiga kategori iaitu artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat. — Foto-foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 14 Mei — Pelawak Johan berasa kurang senang apabila memenangi tiga kategori pada Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 bulan lalu.

Johan, nama popular Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, berkata peminat tidak perlu berhabis wang demi memastikan kemenangannya dalam sesebuah anugerah.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa.

“Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik.

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya.

Selain menjadi pengacara AME 2017 bersama Nabil dan Neelofa, Johan merangkul tiga anugerah yang dipertandingkan.





Tiga anugerah itu ialah artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat.

Johan berkata kemenangannya pada malam itu tidak menjadi keutamaan kerana komitmen mengacara lebih diutamakan.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.

“Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.

“RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya.

themalaymailonline

Comments

comments

,