Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Farhan Roslan Kempunan Aksi Final, Terpaksa Rehat Sebulan

Image may contain: one or more people and people standingMessi Kedah, Farhan Roslan sah tidak dapat beraksi menentang Pahang pada final Piala FA, Sabtu ini gara-gara kecederaan lutut kiri yang dialaminya.

Temu janji dengan doktor petang semalam membawa khabar duka apabila dia dinasihatkan supaya berehat selama sebulan bagi memulihkan kecederaan itu.

Farhan, 20, ternyata kecewa dengan perkembangan itu kerana ia memusnahkan impiannya untuk beraksi dalam perlawanan akhir itu.

“Sebelum berjumpa doktor tadi (petang semalam) saya berdoa supaya kecederaan ini tidak serius dan sempat pulih menjelang final Sabtu ini.





“Saya ingin sangat merasai suasana bermain dalam final Piala FA sekali pun mungkin hanya akan diturunkan sebagai pemain gantian.

“Bagi saya, bermain dalam perlawanan akhir pengalaman yang berbeza berbanding perlawanan biasa. Sebab itu walaupun pernah beraksi dalam dua final Piala Malaysia (2015 dan 2016), saya tetap teruja untuk menikmati sekali lagi suasana itu.

“Tidak kisah dapat bermain hanya seminit sekali pun kerana kadang-kadang ia boleh mengubah keputusan perlawanan seperti yang saya lakukan ketika menentang Terengganu pada separuh akhir pertama Piala FA.

“Jadi, bila doktor mengesahkan kecederaan saya serius dan disuruh berehat selama sebulan, saya berasa sangat kecewa. Apa nak buat, dah memang bukan rezeki saya kali ini,” katanya.

Begitu pun Farhan berasa sedikit lega apabila kecederaan itu tidak memerlukan pembedahan yang pasti memerlukan tempoh rehat lebih lama.

Pemain lincah itu mengalami kecederaan selepas dimasukkan pada minit ke-85 ketika Kedah selesa mendahului 3-0 pada separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu, Sabtu lalu.

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,