Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

JDT Punya Kekasaran Di Tepi, Kita Berhadapan Penjaga Gol, Apa Anda Fikir? – Elavarasan

Image may contain: 2 people, people playing sport and outdoorPENGENDALI PKNS FC, Elavarasan akur kekalahan 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika berkunjung ke Larkin, kelmarin.

Menurut Elavarasan, anak buahnya melakukan beberapa kesilapan sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

“Dia (Gonzalo Gabriel Cabrera) masuk ke kotak penalti dan cuba dapatkan sesuatu pada masa itu. Jadi mungkin kita terburu sikit nak tackle.

“Kalau lepas pun…lebih-lebih dia akan bagi satu crossing. Jadi saya fikir ia kesilapan kita buat semasa bertahan tadi,” katanya.





Image may contain: 2 people, people playing sport, stadium and outdoorElavarasan berkata, JDT merupakan pasukan yang bagus, namun kesemua anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk mencari gol penyamaan.

“Kita cuba samakan kedudukan, tapi sampai minit terakhir, pemain cuba tapi bila tak dapat samakan kedudukan dan kita kena terima keputusan ini,” katanya.

Beliau turut akur dengan keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti ke atas PKNS FC apabila salah seorang pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti tuan rumah.

“Saya lihat dua situasi di mana pemain PKNS FC pergi direct ke penjaga gol, berbanding situasi penalti yang diberi kepada JDT.

“JDT punya penalti (kekasaran) dekat tepi, kita punya situasi adalah satu lawan satu dengan penjaga gol. Jadi apa anda fikir?,” katanya. – Sinar harian

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,