Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Liga Juara-Juara: PSG Belasah Barcelona 4-0

Di Maria gave the hosts the lead as his free-kick went through the wall before ending up in the back of the Barcelona netPARIS Saint-Germain (PSG) mengalahkan Barcelona 4-0 dalam perlawanan pertama kelompok 16 terakhir, saingan Liga Juara-Juara di Parc des Princes, Paris, awal pagi Rabu.

Gol PSG diledakkan oleh Angel Di Maria, yang baharu saja menyambut ulang tahun ke-29, pada minit ke18 dan 55.

Dua gol lain PSG diperolehi melalui Julian Draxler (40′) dan Edinson Cavani (72′).

Keputusan ini merupakan satu tamparan hebat buat Barcelona kerana perlu menggalas tanggungjawab berat pada perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung 9 Mac ini.

Tiada pilihan lain, Barca yang mempamerkan persembahan buruk harus mengubah corak permainan pada perlawanan seterusnya





As the Barcelona players trudged back to the halfway line they knew they had a tough night ahead of them to turn it aroundWalaupun menguasai bola sehingga 59 peratus dan tampil dengan Trio MSN (Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar) mereka hanya mampu melakukan satu tendangan terarah ke gawang lawan.

Pemain Barca, Sergio Busquets, menilai pasukannya sebagai tidak bermain pada tahap maksima.

“Mereka lebih baik daripada kami.

“Mereka bermain lebih baik, dari segi taktik dan secara fizikalnya lebih unggul daripada kami,” katanya.

Busquets menolak bahawa dia dan rakan-rakan terlalu meremehkan lawan.

“Ini bukan soal sikap, ini adalah bola sepak sebenar. PSG lebih baik secara taktik.”

Dia juga mengakui pasukannya akan berdepan tentangan sengit di Camp Nou.

“Tapi kami akan mencuba. Kami selalu mencuba,” kata Busquets.

Mitroglou was joined by more of his team-mates after putting his side ahead in the Champions League last 16 tieSementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Benfica meraih kemenangan 1-0 ke atas Borussia Dortmund dalam perlawanan di Stadium da Luz, Lisbon.

Walaupun kalah, Dortmund masih memiliki peluang untuk mara ke babak seterusnya.

Dortmund harus menang lebih dari satu gol pada pertemuan kedua di Signal Iduna Park, Dortmund, 9 Mac ini.

PSG 4-0 Barcelona

Benfica 1-0 Dortmund

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , , ,