Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Bale dan Ronaldo Selamatkan Real Madrid, Messi Wira Barca

Substitute Alvaro Morata is mobbed by his Real Madrid team-mates after scoring a header in the dying moments to win the tieMADRID 27 Feb. – Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo menjadi penyelamat Real Madrid bagi meraih kemenangan 3-2 ke atas Villarreal sekali gus kekal di kedudukan teratas La Liga ketika ini.

Kemenangan Real itu juga dapat menjarakkan kedudukan daripada pencabar terdekat Barcelona yang turut mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid.

Real ketika ini berada di tangga teratas dengan 55 mata manakala Barcelona di tangga kedua kurang satu mata daripada pendahulu.

Pada perlawanan tersebut Villarreal paling awal mendapatkan jaringan menerusi Manu Trigueros sewaktu minit ke-50 dan Cedric Bakambu minit ke-56 sebelum Real mula mempamerkan kebangkitan.




Bale mula memberikan kelegaan apabila melompat tinggi untuk menyambut hantaran silang Dani Carvajal untuk gol pertama pasukannya selepas perlawanan berlangsung selama 25 minit di babak kedua.Pada minit ke-74, Ronaldo meledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Soriano yang cuba menyelamatkan keadaan kelam kabut di depan gawang tuan rumah.

Keadaan Villarreal juga bertambah parah apabila penjaga gol, Sergio Asenjo terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan Andres Fernandez.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Real untuk terus menekan Villarreal dan Fernandez gagal menyelamatkan tandukan padu Alvaro Morata selepas menerima hantaran lintang Marcelo sewaktu minit ke-83.

Sementara itu Barcelona menewaskan Atletico Madrid 2-1 hasil jaringan Rafinha 64’dan Messi 87 manakala gol Atletico dijaringkan oleh Godin 70.

Villareal v Real Madrid

Atletico Madrid v Barcelona

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , , ,