Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kritik Trump Di Twitter, Jet Peribadi Kardashian Diserbu Imigresen AS

0129-kim-kardashian-donald-trump-TMZ-03LOS ANGELES – Jet peribadi milik bintang program realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian digeledah anggota-anggota imigresen di Lapangan Terbang Los Angeles beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menguatkuasakan ‘lara­ngan perjalanan terhadap orang Islam’.

Menurut akhbar MailOnline, bintang realiti itu dan keluarganya pulang dari lawatan empat hari ke Costa Rica apabila pesawat mereka diperiksa oleh pihak imigresen.

Selepas disoal siasat oleh beberapa pegawai imigresen, Kardashian dan keluarganya dibenarkan me­ninggalkan pesawat.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas Kardashian menyiarkan komen di akaun Twitter milik­nya yang menentang sekatan Trump.





0129-kim-kardashian-muslim-ban-statistics-TWITTER-02Selebriti berusia 36 tahun itu memuat naik maklumat statistik bersama carta yang menunjukkan hanya dua warga AS dibunuh oleh militan Islam pada setiap tahun berbanding lebih 11,000 orang yang maut akibat keganasan senjata api di tangan warga AS lain.

Namun ada juga mmepertikaikan tindakannya kerana suaminya diketahui umum merupakan penyokong kuat Donald Trump.

Pada Jumaat lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menyekat kemasukan semua pelarian untuk tempoh sekurang-kurangnya 120 hari dan menyekat visa kepada rakyat dari tujuh negara berpenduduk majoriti Islam sepanjang tempoh tiga bulan akan datang.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,