Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO : Real Gagal, Atletico Mara Ke Separuh Akhir Copa Del Rey

Real Madrid players react after a goal scored by Celta de Vigo during a Copa del Rey, quarter final, 2nd leg soccer match between Celta and Real Madrid at th...Zinedine Zidane percaya Real Madrid ditundukkan oleh wisel penamat selepas mereka tersingkir dalam saingan Copa del Rey kepada Celta Vigo, awal pagi tadi. 

Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.

Lucas Vazquez meledakkan gol buat pelawat menyamakan pada minit ke-90 selepas gol Cristiano Ronaldo terlebih dahulu dibatalkan ketika Celta sedang mendahului 1-0, dan jaringan itu cukup penting kerana dapat membantu Madrid layak menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Bagaimanapun, Celta bertahan untuk mara menerusi keputusan agregat dan bos Madrid, Zidane, berkata pasukannya mempamerkan aksi lebih baik berbanding tuan rumah.

“Kami menampilkan permainan hebat,” katanya.

“Kami kecewa tapi pemain-pemain telah beraksi baik dan kami tidak mempunyai masa yang mencukupi.

“Mungkin jika perlawanan dilanjutkan beberapa minit lagi, kami berpeluang memenangi perlawanan. Tapi ia mustahil, kami perlu menerimanya dan memikirkan soal liga selepas ini.

“Dengan penampilan seperti ini, anda hanya perlu tenang dan menganggap piala ini sudah terlepas daripada genggaman kami dan mula memikirkan aksi liga, Ahad ini.

“Saya bertanggungjawab ke atas pasukan ini dan kami akan meneruskan rentak yang sama. Kami boleh dan akan berjuang untuk dua kejohanan lagi (LaLiga dan Liga Juara-Juara.”

Bercakap mengenai pertemuan dengan Celta itu, Zidane menambah: “Ia berlangsung dalam dua perlawanan dan kami gagal mengatasi mereka. Kami telah mencuba yang terdaya.

“Apa yang mengecewakan adalah kami tersingkir menerusi permainan hebat seperti ini dan pemain saya tidak berhak untuk meraih keputusan seri ini.

“Anda boleh salahkan diri sendiri tapi hakikatnya tiada siapa yang harus dipersalahkan.

“Apa yang menyedihkan adalah kami gagal meraih apa yang kami hajati. Saya turut kecewa.”





The full back spotted goalkeeper Joel Rodriguez off his line and lifted a brilliant finishSementara itu Diego Simeone gembira dengan impak yang dicipta pemain-pemainnya selepas Atletico Madrid mencatat keputusan seri 2-2 dengan Eibar untuk mengesahkan kemenangan 5-2 secara agregat bagi kemaraan ke separuh akhir Copa del Rey. 

Berbekalkan kemenangan 3-0 dalam pertemuan pertama hasil jaringan Antoine Griezmann, Angel Correa dan Kevin Gameiro, laluan Atletico tampak mudah selepas Jose Gimenez menanduk masuk sepakan penjuru Nicolas Gaitan dalam aksi di Estadio Municipal de Ipurua, awal pagi tadi.

Eibar mempamerkan kebangkitan menerusi gol Sergi Enrich dan Pedro Leon untuk mereka memimpin perlawanan 2-1, bagaimanapun lambungan Juanfran pada minit-minit akhir mengikat kedudukan  perlawanan.

Simeone berpuas hati dengan tindakannya merehatkan beberapa pemain utama, termasuk Griezmann serta Diego Godin, dan dia gembira mereka dapat meneruskan kemaraan mereka ke separuh akhir.

“Kami membuat rombakan besar pemain,” kata Simeone. “Persaingan merebut tempat adalah bagus, ia adalah peluang menarik untuk kami lolos ke separuh akhir, kami gembira dapat melakukannya.

“Kami sentiasa mahu berjuang dalam setiap pertandingan. Sejak mengendalikan Atletico lima tahun lalu, ini adalah kali kedua kami layak ke separuh akhir.

“Gol adalah perkara yang diambil kira, ia sememangnya rumit untuk sentiasa bersaing dengan yang terbaik.”

Simeone berkata dominasi Atletico dalam pertemuan pertama menyukarkan pasukannya sendiri di Eibar dan mendakwa pasukannya sepatutnya menang selesa jika mereka lebih klinikal di depan gol.

“Perlawanan ini tidak semudah berbanding pertemuan pertama,” tambahnya. “Perlawanan ini cukup tegang dan menarik.

“Dalam pertemuan pertama, kami lebih efektif di depan gol dan memiliki peluang menerusi Correa untuk mendahului 2-0. Kemudian mereka mula mendapat rentak dan bangkit.

“Persaingan dalam pasukan ini sangat bagus dan membantu kami untuk mara ke separuh akhir di mana ia bukan berlaku setiap hari.

“Keputusan ini cukup menggembirakan kami.”

CELTA VIGO 2 REAL MADRID 2

EIBAR 2 ATLETICO MADRID 2

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,