Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO La Liga: Suarez Berang Jaringan Barca Tak Dikira, Ronaldo Jadi Mangsa ‘Boo’

Barcelona would have had more time to find a winner had the goal been givenMADRID: Penyerang Barcelona, Luis Suarez merungut terhadap kegagalan pegawai perlawanan mengesahkan ‘gol hantu’ penuh kontroversi ketika bertemu Real Betis, semalam dengan mendakwa bola sudah melepasi garisan gol sebanyak satu meter.

Penyerang Uruguay itu meledak jaringan pada minit ke-90 untuk memadam gol pembukaan Alex Alegria sekali gus membolehkan Barcelona mengutip satu mata ketika gergasi Catalan itu sepatutnya boleh meraih mata penuh.

Jordi Alba menyangka dia sudah mengikat kedudukan pada minit ke-75 dan walaupun bola sudah melepasi garisan gol, namun pegawai perlawanan tidak mengesahkan jaringan terbabit sebaliknya menyatakan pertahanan Betis, Aissa Mandi mengeluarkan bola tepat pada masanya.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Suarez enggan menyalahkan pengadil perlawanan, Alejandro Jose Hernandez Hernandez namun mengakui mereka kian sukar untuk mengejar Real Madrid yang kini mendahului liga.

“Bola sudah pun melepasi garisan gol sebanyak satu meter tetapi pegawai perlawanan juga boleh melakukan kesilapan. Jika dilihat berdasarkan gambar ia adalah jaringan yang sah,” kata Suarez.





“Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini. Tetapi inilah bola sepak kerana mereka juga mampu menamatkan perlawanan ketika mendahului 1-0 saja. “Kami membuktikan bahawa kami mahu terus berada di kedudukan teratas namun gagal melakukannya. Kami tidak memberi kredit kepada pasukan lawan kerana kami perlu menilai kembali persembahan kami.

“Kami perlu meraih kemenangan tetapi kami tetap perlu mengharapkan pasukan lain untuk tewas. Jadi ia satu perkara yang begitu sukar.”

The Real players celebrate the first goal after looking rather blunt for the majority of the opening period at the BernabeuSementara itu Real Madrid terus berada di tangga teratas La Liga dan kali ini mempunyai kelebihan empat mata selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Real Sociedad di Santiago Bernabeu.

Real Madrid menewaskan Real Sociedad hasil jaringan Kovacic 38′, Ronaldo 51’dan Morata 82′.

Mateo Kovacic memuji penyokong Real Madrid tetapi tampil mempertahankan rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo, yang menjadi mangsa ‘boo’ oleh segelintir penyokong di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Walaupun ada usaha ke arah perpaduan sebelum perlawanan, Ronaldo dan rakan sepasukannya menjadi sasaran penyokong muda Real sebelum pendahulu LaLiga itu mencipta kemenangan 3-0 ke atas Real Sociedad.

Highlights

Barcelona 1-1 Real Betis

Real Madrid 3-0 Real Sociedad

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,