Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Barca Kalah 1-2 Lawan Sembilan Pemain

BARCELONA tewas 1-2 kepada Athletic Bilbao dalam pertandingan pertama saingan Copa del Rey, di Stadium San Memes, awal pagi Jumaat.

Aritz Aduriz membuka keunggulan Bilbao pada minit ke-25 setelah menerima umpan silang Raul Garcia.

Penyerang berusia 35 tahun itu melepaskan tendangan deras sehingga tidak mampu ditepis oleh penjaga gawang Barcelona, Marc-Andre ter Stegen.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk terus unggul. Selang tiga minit kemudian, Inaki Williams mengubah kedudukan menjadi 2-0 setelah menerima umpan Aritz Aduriz pada minit ke-28.

Tertinggal dua gol, Barcelona cuba untuk bangkit. Setelah beberapa kali mendapat peluang, pasukan itu akhirnya berjaya merapatkan jurang menjadikan kedudukan 1-2.





Gol diperolehi menerusi Lionel Messi pada minit ke-52.

Pada minit ke-74, Bilbao harus bermain dengan 10 pemain apabila Raul Garcia menerima kad kuning kedua setelah melanggar Neymar.

Enam minit kemudian, giliran Ander Iturraspe diarah keluar padang kerana dilayangkan kad merah.

Walaupun mempunyai kelebihan dari segi jumlah pemain, Barcelona tidak mampu membolosi pertahanan Bilbao sehingga saat akhir.

Barcelona sekali lagi akan berdepan Bilbao pada pertandingan kedua, di Camp Nou, Khamis ini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,