Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safee Akur Tidak Dibenarkan Bermain Menentang JDT Musim 2017

Biarpun menguatkan pasukan dengan kelibat Safee Sali, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak dapat diturunkan PKNS FC apabila berdepan juara bertahan Liga Super itu sepanjang musim ini bermula aksi liga, 15 April depan.

Ia gara-gara syarat pelepasan kontrak yang dikenakan JDT kepada Safee untuk bersama PKNS musim ini.

Pengendali PKNS, E. Elavarasan, akur dengan syarat pelepasan JDT itu dan menganggap ia adalah perkara biasa buat kelab yang meminjamkan pemain atau melepaskan pemain yang masih mempunyai kontrak.

“Itu perjanjian yang dibuat awal sebelum dia dipinjamkan ke pasukan lain.

“Kebiasaannya, perjanjian ini dibuat di antara pasukan dan kami perlu terima kalau adanya perjanjian seperti ini.

“Seperti kami juga, pemain kami yang dipinjamkan ke pasukan lain tidak dibenarkan beraksi menentang kami,” kata Elavarasan.





Walaupun mengakui Safee adalah antara pemain harapannya musim ini, dia bersedia mencatur pendekatan taktikal berbeza berdepan JDT.

Safee ketika ditemui Nadi Arena semalam turut akur dengan syarat pelepasan JDT itu dan akan bersikap profesional mengikut saranan pengurusan PKNS sebagai majikannya kini.

Bagaimanapun, sekatan itu tidak melunturkan semangatnya memberi aksi terbaik bersama PKNS, musim ini.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan pasukan lain, saya juga tidak ingin menimbulkan masalah dengan pasukan lama.

“Saya hanya menurut arahan daripada majikan. Apa-apa keputusan, saya tetap profesional dan akan terus berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama.

“Itu lebih penting bagi saya,” kata Safee.

Sumber stadiumastro

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,