Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Neymar Tamatkan Badi Barcelona, Atletico Selangkah Ke Separuh Akhir

Brazilian superstar Neymar tucks away a penalty to give Barcelona a slender lead in the Copa Del Rey quarter-finalsMADRID 20 Jan.- Gergasi Sepanyol, Barcelona akhirnya menamatkan badi selama sedekat tanpa kemenangan di laman Real Sociedad selepas Neymar menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama sekali gus memberi kemenangan tipis 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Copa del Rey, awal pagi tadi.

Berdasarkan rekod, Barcelona tidak menang dalam lapan pertemuan terakhir mereka di Anoeta dengan pertemuan terakhir mereka pada November lalu bertemu Real Sociedad berakhir dengan keputusan 1-1.

Skuad bimbingan Luis Enrique meneruskan isyarat kebangkitan dalam persembahan mereka sejak awal permainan dan dihadiahkan sepakan penalti selepas Neymar dijatuhkan Aritz Elustondo pada minit ke-20.

Kemenangan itu juga menyaksikan tonggak tengah Barca, Andres Iniesta terpaksa digantikan Andres Gomes pada separuh masa pertama di Anoeta selepas mengadu mengalami kesakitan di bahagian betisnya.

Iniesta akan menjalani pemeriksaan ke atas kecederaan betis yang dialaminya pada perlawanan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Barcelona sejurus tamat perlawanan mengesahkan:” Iniesta terpaksa diganti dengan Gomes kerana mengalami kecederaan di betis kirinya. Dia akan menjalani pemeriksaan di Barcelona”.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk perlawanan suku akhir kedua di Camp Nou pada 26 Januari ini.





Antoine Griezmann put talk of Manchester United move to one side to fire Atletico aheadSementara itu, Atletico Madrid hampir pasti menempah tiket ke separuh akhir apabila berjaya menewaskan Eibar 3-0 di Vicente Calderon.

Gol Atletico Madrid disumbangkan oleh penyerang sensasi Perancis, Antoine Griezmann, disusuli jaringan Angel Correa dan Kevin Gameiro.

Meskipun tempat duduk penonton hampir kosong berikutan suhu sejuk di ibu negara Sepanyol, Atletico tidak berdepan masalah untuk mengatasi Eibar yang menyaksikan mereka bakal berdepan tugas mudah pada aksi timbal balik nanti.

“Ia agak sukar pada separuh masa pertama tetapi anda boleh lihat peluang yang diperolehi jika kami beraksi lebih baik dan itulah yang berlaku di babak kedua,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone. – AFP

Highlights

Atletico Madrid 3-0 Eibar

Real Sociedad 0-1 Barcelona

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , , ,