Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Donald Trump Presiden Amerika Syarikat Ke-45

Donald Trump takes the oath of officeCalon Republikan, Donald Trump secara rasmi ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini.

Trump mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung AS, John Roberts pada pukul 1.05 pagi waktu Malaysia (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington DC).

Bilionair AS berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden AS, 8 November lepas.

Majlis bersejarah itu, yang disiarkan secara langsung stesen televisyen antarabangsa, dipengerusikan Roy Blunt, senator Republikan dari Missouri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kongres Mengenai Aktiviti Perasmian.





US President Donald Trump, flanked by Senior Advisor Jared Kushner (standing, L-R), Vice President Mike Pence and Staff Secretary Rob Porter, signs his first executive orders in the Oval OfficeTrump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan selain paling tua dalam sejarah AS sendiri.

Terdahulu dalam ucapan ringkas pada akhir konsert khas di depan Tugu Peringatan Lincoln di Washington DC, Trump menegaskan lagi azamnya untuk mendapatkan semula pekerjaan rakyat AS yang ‘berpindah’ ke luar negara.

Beliau turut berazam untuk membina semula pasuka tentera AS yang kuat. Konsert itu hanyalah satu daripada beberapa acara tradisi yang dihadiri Trump sehari sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS.

Tinjauan program stesen tempatan CBS News menunjukkan Trump bakal melangkah masuk ke Rumah Putih dengan sokongan rakyat hanya sebanyak 37 peratus, iaitu yang paling rendah dalam sejarah.

Bakal Setiausaha Akhbar Rumah Putih berkata selepas angkat sumpah Encik Trump akan menyampaikan ucapan sekitar 20 minit yang bersifat peribadi serta wawasannya bagi AS. – BERNAMA

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments